Anda sukar buang air besar?Harga RM6.00 satu kotak(ada 5x paket dalam 1 Kotak)
Jika order lebih dari 12 kotak kos penghantaran percuma dan diskaun 10%
Minuman Kunyit Asam
Kunyit dan asam telah digunakan sejak turun temurun untuk melancarkan perjalanan haid, melicinkan kulit, memecah lemak, membantu sistem penghadaman dan juga menghilangkan bau badan. Kunyit juga bersifat anti oksida dan antibiotic
Nama Saintifik: Curcuma longa /curcuma domestica
Nama Lain: Kurkum(arab),jiang huang, yu jin(china),Indian Saffron,curcuma,kunir(indonesia),kondin, temu kuning,ukon,goeratji,Temu kunyit,tius.
Famili: Zingerberaceae
Lokasi dijumpai: Ditanam sebagai rempah
Kunyit ialah sejenis tumbuhan herba yang memainkan peranan penting dalam masakan masyarakat Asia.Ia sejenis tumbuhan berumpun dengan daun selari yang lebar dan membiak melalui pecahan rizom. Kunyi menyukai tempat lembab dan mendapat sinaran matahari yang mencukupi. Isi kunyit selalunya terdiri dari ibu kunyit yang dikelilingi oleh cabang-cabang.Ibu kunyit dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.Rizom kunyit berwarna coklat diluar dan berwarna oren terang didalamnya. Ia mempunyai bau yang wangi dan menusuk hidung.
kegunaan:
Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida,anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurminminyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin.Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam kuning,cirit-birit,meningkatkan selera makan,mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah,radang ginjal dan menyegarkan badan.Cara penggunakan untuk penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus,campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan.Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan.Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan melancarkan perjalanan darah.
Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.Kunyit yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan haid dan ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.Kunyit juga dikatakan dapat menjadikan penggemarnya awet muda.
1.http://www.herbasin.com/database/yujin.htm
2.http://www.herbasin.com/database/yujin.htm
3.http://unitproj.library.ucla.edu/biomed/spice/index.cfm?displayID=26

Kunyit Asam Sirih Plus Madu
“Minuman Kesihatan, Nikmat Dan Berkhasiat”
Mengandungi 5 paket. Kunyit Asam Sirih plus Madu SidoMuncul merupakan ramuan tradisional kunyit, asam, daun sirih dan madu yang sudah teruji khasiat dan manfaatnya terutama untuk wanita remaja dan dewasa. Kebersihan diri merupakan hal yang sangat penting bagi wanita, terutama untuk daerah-daerah yang sangat pribadi. Dengan adanya Kunyit Asam Sirih plus Madu SidoMuncul, kini wanita tidak perlu merasa tidak nyaman lagi pada saat menjelang haid maupun setelah haid.
Harga RM6.50 satu kotak(ada 5x paket dalam 1 Kotak)
(tidak termasuk kos Penghantaran)
KOD : KA2
Jika order lebih dari 12 kotak kos penghantaran percuma dan disc 10%
· Ekstrak Curcumae Domesticae Rhizoma (kunyit) 5 gr
· Ekstrak Tamarindi Pulpa (Asam) 2,5 gr
· Ekstrak Piperis betle Folium (Sirih) 0,5 gr
· Madu 0,5 gr
· Flavour, sucrose (gula), salt (garam), citric acid.
Aturan Pemakaian :
Campurkan 1 sachet ke dalam 150 ml air dingin aduk dan siap diminum. Lebih nikmat ditambahkan es batu. Minum 1 sachet per hari atau sesuai kebutuhan.
*Tidak mengandungi pengawet, perwarna dan pemanis tiruan
2 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI


kalau nk order
1 kunyit asam
1 kunyit asam sirih plus madu
bape kos nye…termasuk kos penghantaran
RM12.50 + RM5.50 (POS) = RM18